Kenapa perlu silang tayar kereta? Ini jawapannya

Komponen suspensi haus seperti sendi bebola (ball joints), sesendal (bushing), atau absorber dan strut boleh menyebabkan keabnormalan tayar. Ini termasuk tekanan angin tayar diisi tidak tepat, sama ada berlebihan atau terlalu kurang, yang mampu mempercepatkan lagi masalah kehausan, dan melemahkan penjajaran suspensi.

Jangka hayat set tayar baharu kereta anda mungkin berakhir selepas memandu sejauh16,000km hingga lebih 80,000km perjalanan.

Namun, semua itu turut bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jenis kenderaan, gaya pemanduan, jenis tayar, kondisi kenderaan dan penyenggaraan tayar.

Hal penyenggaraan tayar dan kenderaan pula sangat kritikal bagi jangka hayat tayar. Komponen suspensi haus seperti sendi bebola (ball joints), sesendal (bushing), atau absorber dan strut boleh menyebabkan keabnormalan tayar. Ini termasuk tekanan angin tayar diisi tidak tepat, sama ada berlebihan atau terlalu kurang, yang mampu mempercepatkan lagi masalah kehausan, dan melemahkan penjajaran suspensi.

Portal Pandu Laju melaporkan, jadi, antara penyelesaian kepada masalah di atas adalah melakukan silangan tayar atau tire rotation.

KENAPA PERLU SILANG TAYAR?


Setiap tayar mengalami tekanan berbezabergantung kepada posisi ia dipasang, sekali gus mempengaruhi paten haus berbeza. Tayar depan bagi kenderaan berenjin depan menampung lebih beban berbanding tayar belakang. Kereta jenis pacuan roda depan (FWD) juga menambah lebih berat kepada tayar depan.

Itu belum ditambah beban lain lagi seperti daya brek yang perlu ditanggung tayar depan dengan beban sekitar 80 peratus. Malah, tayar depan juga ialah komponen roda utama yang membelokkan kenderaan. Logiknya, daya yang tidak setara itu membuatkan tayar depan lebih cepat haus berbanding tayar belakang.

Jadi, silangan tayar dibuat adalah bertujuanmengagihkan paten haus tayar yang berbeza supaya tidak bertumpu kepada bahagian tertentu sahaja. Misalnya, tayar belakang cenderung mengalami kehausan jenis flat (tengah), manakala tayar depan kerap haus di bahagian bahu (tepi).

Dengan saling menyilangkan posisi tayar – depan ke belakang dan sebaliknya – anda sebenarnya memberi ruang kepada tayar belakang untuk haus pada bahagian bahu, manakala tayar depan haus di tengah. Ini secara tidak langsung dapat memanjangkan jangka hayat tayar dan mengurangkan kehausan tidak sekata yang menyebabkan bunyi bising dan gegaran.

PENYELESAIAN TAYAR HAUS


Ada dua penyelesaian yang kerap dilakukan untuk situasi tayar haus. Pertama, terus saja menukar tayar depan lama kepada baharu. Anda mungkin perlu menukar tayar depan dua kali lebih kerap berbanding tayar belakang. Kedua, menyilangkan tayar supaya keempat-empat tayar dapat digunakan lebih lama.

Namun, jika dilihat dari sudut ekonomi, tindakan menukar tayar baharu membuatkan anda perlu berbelanja 4 tayar depan sebelum tayar belakang haus sepenuhnya yang menjadikan jumlah keseluruhan 6 tayar! Sebaliknya, jika anda menyilangkan tayar secara berkala, anda cuma perlu menukar 4 tayar baharu.

Mana lebih jimat?

BILAKAH PATUT SILANG TAYAR?

Kebanyakan kereta moden masa kini memiliki tempoh masa penukaran minyak enjin yang direkomen pengeluar, kebiasaannya antara 5,000 hingga 10,000km. Sebenarnya, tempoh itu jugalah tayar sesuai untuk disilangkan kerana kereta anda sudah pun dihantar ke bengkel. Jimat masa, tenaga dan wang belanja.

Pengeluar tayar menyarankan tayar disilangkan setiap 6 bulan atau setiap 5,000-10,000km, dan berbeza mengikut kenderaan dan keperluan tayar.

Asasnya, silangan tayar untuk kenderaan FWD merujuk kepada mengalihkan tayar depan ke belakang, pada sisi sama, manakala tayar belakang dialihkan ke depan pada sisi berlawanan. Perinciannya, tayar kiri-depan (LF) dibawa ke posisi kiri-belakang (LR), dan tayar kanan depan (RF) dibawa ke posisi kanan-belakang (RR). Sebaliknya, RR disilangkan ke LF, manakala LR dibawa ke RF. (lihat gambarajah FWD)

Bagaimanapun, ada beberapa kes yang tidak memerlukan anda mengikut paten standard tersebut. Mungkin juga anda cuma perlu menggunakan paten LF ↔ LR dan RF ↔ RR, yakni sisi depan-belakang. Boleh saja sekadar menyilangkan kiri ke kanan seperti begini, LF ↔ RF dan LR ↔ RR, iaitu sisi kiri-kanan.

Ini kerana ada sesetengah kenderaan memiliki saiz tayar dan rim berbeza, misalnya kereta sport yang mana tayar belakang lebih besar berbanding depan. Jadi, silangan tayar hanya terhad untuk kiri ke kanan sama ada hadapan atau belakang sahaja.

SUMBER: Thoughtco.com