Budak lelaki bawah 13 tidak berupaya merogol – Peguam

Bagaimanapun, seorang peguam di Pulau Pinang berkata undang-undang adalah sangat jelas bahawa seorang budak lelaki di bawah umur 13 tahun "tidak boleh didapati bersalah kerana merogol".

Seorang murid lelaki tahun enam yang berusia 12 tahun dari Batu Gajah, Perak, ditahan reman sehingga esok kerana didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang diasuh ibunya.

Bagaimanapun, seorang peguam di Pulau Pinang berkata undang-undang adalah sangat jelas bahawa seorang budak lelaki di bawah umur 13 tahun “tidak boleh didapati bersalah kerana merogol”.

Malaysiakini melaporkan, “Ini adalah anggapan yang tidak boleh dipertikaikan, (perintah reman) ini salah,” kata peguam kaji jenayah, Shamsher Singh Thind.

Shamsher berkata Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa: “Menjadi suatu anggapan undang-undang yang tidak boleh patah bahawa seseorang budak lelaki yang berumur di bawah tigabelas tahun tidak berupaya melakukan rogol.”Iklan

“Jadi, atas asas apa budak lelaki itu ditahan? Di mata undang-undang, dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Tiada apa-apa (kesalahan) di bawah merogol, tetapi secara teknikal, dia masih boleh didakwa menyebabkan kecederaan di bawah Seksyen 323 atau Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Pada 2 Julai lalu, Bernama melaporkan bahawa budak lelaki itu ditahan polis selepas ibu kanak-kanak perempuan berkenaan membuat laporan.

Laporan itu menyebut, kejadian berlaku sebanyak tiga kali dan budak lelaki itu dipercayai merogol gara-gara terpengaruh dengan video lucah yang dilihat melalui telefon bimbit.

Menurut laporan itu, kejadian hanya disedari selepas mangsa yang berumur empat tahun mengadu sakit di bahagian kemaluan kepada ibunya sebelum dibawa untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan koyakan pada pelbagai posisi sehingga menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

“Doktor menyuruh ibu mangsa membuat laporan polis dan selepas itu berjumpa dengan pengasuh dan suspek yang merupakan anak sulung kepada pengasuh.

“Suspek mengaku melakukan perkara tersebut. Kejadian berlaku sebanyak tiga kali iaitu sejak Mei lalu dan tidak disedari ibu bapa suspek,” petik laporan berkenaan.

Mengulas lanjut, Shamsher berkata imuniti daripada liabiliti jenayah diberikan kepada semua kanak-kanak di bawah umur 10 tahun untuk semua kesalahan lain.