Lelaki tundukkan ular tedung dengan tangan kosong

Video yang dimuatnaik Facebook page Anak Felda itu mendapat lebih 5000 perkongsian dan lebih 400 ribu tontonan.

Satu video yang memaparkan seorang lelaki dengan pakaian seragam tentera menundukkan seekor ular tedung mendapat perhatian wargamaya.

Berdasarkan video itu, lelaki berkenaan berjaya menangkap ular yang bersaiz agak besar itu tanpa sebarang peralatan namun dengan hanya menggunakan tangan kosong.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku.

Video yang dimuatnaik semalam oleh Facebook page Anak Felda itu mendapat lebih 5000 perkongsian dan lebih 400 ribu tontonan.

Selain perkongsian dan tontonan, video berdurasi 56 saat berlatar belakangkan ladang kelapa sawit itu turut mendapat banyak komen.

Ada Facebook akaun bernama Dzaiglie Rie melalui komennya berkata, lelaki berkenaan merupakan tentera dari kem PUSARTI, Gemas bernama Sarjan Wazir.

Antara yang membalas komen tersebut Facebook akaun Riena Mamacare yang menjelaskan Sarjan Wazir berasal dari Sarawak dan tinggal di Melaka.