‘Mulut orang berilmu patut mendamaikan, bukan cetus perbalahan’

Mungkin juga selepas ini kesombongan itu akan semakin menjadi-jadi demi ego menegak benang yang basah.

Kita diberi mulut bukan untuk celupar, cabar sana dan cabar sini sebaliknya gunakannya untuk kebaikan bukan untuk riak dan sombong dengan ‘melevel-level’ sana sini serta begitu begini.

Kesudahannya, orang tidak tahu kita sombong, sudah jadi tahu dan dari sombong sikit terus sombong banyak.

Mungkin juga selepas ini kesombongan itu akan semakin menjadi-jadi demi ego menegak benang yang basah.

Sepatutnya hasil mulut orang berilmu memberi ilmu yang mendamai dan ikhlas tapi ini pula sebaliknya, orang berilmu pula mencetuskan perbalahan.

Nampaknya hasil mulut kita termasuk mereka yang berilmu belum lagi mendamaikan.

Dihujung sebuah hadis sahih yg agak panjang dari Abu Hurairah menceritakan, ” ….. Kemudian Rasulullah SAW memukul lututku (pahaku) sambil bersabda: Wahai Abu Hurairah ketiga orang itulah yang pertama sekali akan dibakar dalam api neraka pada hari kiamat kelak.” (HR Tirmizi).

Sebelum mengkhabarkan hadis ini, tiga kali Abu Hurairah pengsan!

Hadis tersebut merujuk ketiga orang itu ialah Ahli Quran, mereka yang mati (syahid) dijalan Allah dan kalangan orang kaya.

Cara orang Melayu kita berjuang tidak habis-habis berbalah.

Rasanya bukan sangat sebab benar atau salah tetapi kerana celupar, ego, sombong dan phd (perasaan hasad dengki).

Dah nak buat guane, cara kita orang Melayu begitu! Ho Loh lah!

AHMAD SAZILI MOHD NOR
Pesara Guru

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.