Riza Aziz akan didakwa lima pertuduhan AMLA

Riza Shahriz Abdul Aziz, 49, bakal berdepan lima pertuduhan membabitkan diri Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

KUALA LUMPUR – Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Aziz yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8.10 pagi diiringi SPRM.

Sinar Harian melaporkan, Riza Shahriz Abdul Aziz, 49, bakal berdepan lima pertuduhan membabitkan diri Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Peguambela Riza Aziz bersama Nooryana Najwa (kiri) hadir di Mahkamah Sesyen 8,Makamah Tinggi Kuala Lumpur. – Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Prosiding pendakwaan berlangsung dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Riza adalah anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor dan merupakan pemilik Red Granite Pictures.

Riza sebelum ini dipanggil ke SPRM sebanyak empat kali bermula 3 Julai tahun lalu bagi memberi keterangan berhubung skandal 1MDB.