Adakah Saidina Umar al-Khattab pun mengambil idea komunis, sosialis?

Sejak amalan itu dikenakan kepada kakitangan kerajaan, tidak ada pula berbunyi 'fatwa' dari mana-mana pihak melarang atau menentangnya kerana kononnya amalan itu dari 'syariat' komunis dan sosialis!

Baru-baru ini ada dilaporkan dan menjadi viral, pandangan seseorang bahawa pengisytiharan harta umumnya dari teori komunis dan sosialis.

Pandangan ini berbunyi agak aneh kerana hanya timbul pasca PRU14.

Apa yang diketahui umum, pengisytiharan harta ini bukan perkara baru terutama bagi kakitangan kerajaan di negara ini.

Mereka yang tidak berharta dan yang berharta telah lama diminta isytihar harta. Cumanya hari ini, kerajaan PH mahu meluaskan amalan ini kepada menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen.

Sejak amalan itu dikenakan kepada kakitangan kerajaan, tidak ada pula berbunyi ‘fatwa’ dari mana-mana pihak melarang atau menentangnya kerana kononnya amalan itu dari ‘syariat’ komunis dan sosialis!

Atau agaknya kaki tangan kerajaan selama ini komunis dan sosialis kot? Pening juga begini!

Pada pandangan saya pendirian orang politik berimej Islam yang bercelaru dalam hal ini tidak membantu meningkatkan imej Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham teruk kepada agama Islam berhubung konsep integriti menurut Islam dan hukum halal serta haram.

Adakah Saidina Umar al-Khattab tatkala memeriksa harta pegawainya sebelum dilantik ke suatu jawatan penting, mengambil idea komunis dan sosialis?

Adakah Karl Marx, Lenin, Mao Tze Tong pada waktu itu? Apakah pengisytiharan harta melalui bayaran zakat itu dari idea komunis dan sosialis juga?

Saya bersetuju dengan pandangan, “Isytihar harta ini ada wajib, ada masa haram, ada masa sunat, bukan secara mutlak.

Bergantung kepada keadaan, kalau istihar harta itu kepada orang yang kita tahu akan menyebabkan rasuah dan penyelewengan, itu wajib!

Kalau begitu betullah tindakan kerajaan PH hari ini kerana jika seseorang kelihatan zahirnya perlu diperiksa hartanya, yang boleh disyaki (disyaki, bukan dituduh); yang boleh dirasuah; yang seperti dirasuah; yang zahir seperti tidak padan dengan pendapatan.

Contohnya tiba-tiba ada Q7, ada Mercedes besar; ada Range Rover dan banyak kenderaan mewah; ada motosikal besar atau masuk ke akaun dari penggubahan wang haram.

Bila dirasakan seperti ada unsur-unsur begitu maka tidak salahlah bagi pemerintah mencadangkan agar harta mereka diisytiharkan. Maka wajiblah hukumnya itu kan?

Apa yang ahli-ahli parlimen pembangkang hendak takutkan isytihar harta, kakitangan kerajaan dah lama diminta menerima ‘idea komunis dan sosialis’ itu! Tak ada apa-apa pun…tak jadi komunis pun!

Kesimpulannya, cukuplah kita mengungkap idea yang pelik-pelik dan merapu.

Apa tak peliknya, kerajaan yang memerintah mencadangkan ahli-ahli parlimen mengisytihar harta; pembangkang di parlimen Malaysia pula yang banyak songel, macam tidak mahu.

Chaitt….hanya pembangkang zaman Malaysia Baru!

AHMAD SAZILI MOHD NOR
Pesara Guru

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.