Bunuh abang: Remaja perempuan, teman lelaki direman 6 hari

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TAIPING – Seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya yang disyaki membunuh abang sendiri di Taman Glenview, Kamunting di sini direman selama enam hari di Mahkamah Taiping bermula hari ini.

Sinar Harian melaporkan, Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek tiba di mahkamah berpakaian lokap pada jam 8.30 pagi.

Mereka diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Semalam, remaja perempuan berusia 14 tahun bersama teman lelaki berusia 15 tahun ditahan di rumah masing-masing pada jam 4.25 petang.

Kedua-dia suspek ditangkap selepas membuat pengakuan bertindak mengelar leher dan kedua-dua tangan serta menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya.

Motif pembunuhan dipercayai gara-gara pergaduhan berpunca daripada telefon bimbit sehingga kedua-dua suspek sanggup membunuh mangsa, membungkus mayatnya sebelum diletakkan di belakang sebuah rumah kosong dalam kejadian di Taman Glenview, Kamunting di sini.

Mayat mangsa, S Sritharan,16, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward V, di sini ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa pada 5 Julai.

ARTIKEL BERKAITAN: