Merogol dalam tandas sekolah, pelajar mengaku tak bersalah

Hakim Majistret Ti Pei Si mengenakan ikat jamin sebanyak RM2000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Ogos depan.

Seorang pelajar sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan di dalam tandas di sebuah sekolah di Temerloh pada 25 April lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun dan berasal dari Kampung Batu 1, Jalan Mentakab mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Hakim Majistret Ti Pei Si mengenakan ikat jamin sebanyak RM2000 dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 8 Ogos depan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi 25 April lalu, mangsa yang juga berusia 17 tahun terserempak dengan tertuduh selepas keluar dari tandas sebelum tertuduh mendekati mangsa lalu mencium bibirnya dan menarik mangsa masuk ke dalam tandas sekolah tersebut.

Perbuatan terbongkar selepas mangsa menceritakan perbuatan tertuduh kepada pihak sekolah sebelum membuat laporan di IPD Temerloh.

Tertuduh ditahan di perkarangan IPD Temerloh pada 14 Jun lalu.

Kes ini disiasat di bawah seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol.