SPRM henti amalan bawa suspek ke mahkamah dengan baju oren

"Amalan pembawaan suspek ke mahkamah dalam baju lokap oren telah dihentikan. Ini adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan amalan membawa suspek kes rasuah dengan baju lokap berwarna oren ke mahkamah, kata ketua pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Malaysiakini melaporkan, “Amalan pembawaan suspek ke mahkamah dalam baju lokap oren telah dihentikan. Ini adalah sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence) serta Fasal 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sementara SPRM tidak akan berkompromi sama sekali dalam pembanterasan rasuah, dalam berbuat demikian, kami pada setiap masa akan mendukung kedaulatan undang-undang (rule of law),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Latheefa Koya berkata penggunaan gari tangan hanya akan dilakukan terhadap suspek yang agresif.Iklan

“Gari tangan akan hanya digunakan di mana perlu, misalnya jika terdapat risiko terlepas lari, atau kelakuan agresif. 

“Bagaimanapun, penggunaan gari adalah tidak dibenarkan dalam ruang bilik mahkamah,” tambah beliau.