Fizo Omar sah bercerai talak satu

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pada pukul 10.55 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga antara pelakon, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abd. Karim berakhir perceraian.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan pada pukul 10.55 pagi tadi.

Mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi hari ini.