Pasangan suami isteri terpaksa mengangkut anaknya bersama sebuah tong gas ke Balai Bomba dan Penyelamat Perai di sini selepas kaki kanak-kanak perempuan itu tersangkut di celah tong itu.
Sinar Harian melaporkan, pasangan terbabit bertindak meminta bantuan anggota bomba selepas buntu apabila gagal mengeluarkan kedua-dua belah kaki anak mereka dalam kejadian beberapa hari lalu.
Difahamkan, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memotong besi tong gas menggunakan peralatan khas sebelum berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.
Sejak malam tadi, tular sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan tindakan anggota bomba mengeluarkan kanak-kanak perempuan.
Kanak-kanak itu yang menangis kesakitan akhirnya berjaya ditenangkan pasukan bomba sebelum mengeluarkan kakinya daripada tong gas berkenaan.