Pencuri kerbau sanggup bakar kereta

Difahamkan, dalam kejadian awal pagi ini, sebuah daripada empat kereta digunakan kumpulan lelaki berkenaan rosak dan tidak dapat dihidupkan ketika mereka cuba melarikan diri.

Dipercayai bagi menyembunyikan identiti, sekumpulan lelaki bertindak membakar sebuah kereta yang digunakan mereka untuk mencuri kerbau sebelum melarikan diri di Kampung Desa Baru Purun di sini hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian awal pagi ini, sebuah daripada empat kereta digunakan kumpulan lelaki berkenaan rosak dan tidak dapat dihidupkan ketika mereka cuba melarikan diri.

Utusan Online melaporkan, Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Desa Baru Purun, Mohd. Sabri Abdul Rahman berkata, penduduk yang kebetulan lalu di kawasan itu menyedari kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi.

“Apabila menyedari aktiviti mereka dikesan penduduk mereka melarikan diri menaiki empat buah kereta manakala sebuah kenderaan yang dipercayai tidak dapat dihidupkan telah dibakar.

“Penduduk dapat merampas kembali seekor kerbau yang telah diikat selepas disuntik dengan bahan pelali,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau percaya kumpulan lelaki berkenaan nekad membakar kenderaan tersebut yang rosak bagi mengelakkan identiti mereka dikesan.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan penduduk dan tiada penduduk yang bertindak membakar kereta berkenaan. Penduduk juga tidak sempat membuat halangan di jalan raya bagi mengelakkan kumpulan berkenaan melarikan diri,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE