Ebit Lew kemalangan, kereta dihimpit di lebuh raya

Ketika itu, Ebit bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

Penceramah, Ustaz Ebit Lew cedera ringan dalam kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Sinar Harian melaporkan, Ebit berkongsi di laman Facebooknya memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika itu, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

“Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

“Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

“Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung,” katanya, hari ini.