Dr M: Kalau istana campur tangan, kami akan batal keputusan Johor

“Ada cerita campur tangan istana dalam keputusan kerajaan Johor mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pusat akan membatalkan keputusan kerajaan Johor dalam mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun sekiranya terdapat bukti campur tangan pihak istana negeri itu.

Kata Dr Mahathir, istana tidak ada hak untuk untuk campur tangan sebarang keputusan kerajaan pusat.

Malaysiakini melaporkan, “Ada cerita campur tangan istana dalam keputusan kerajaan Johor mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun.

“Istana tidak ada hak untuk campur tangan keputusan kerajaan.

“Kami akan membatalkan keputusan Johor jika bukti ada campur tangan istana,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak memperincikan apakah kerajaan pusat sedang menyiasat keputusan kerajaan Johor akibat campur tangan daripada Istana.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri (KDN) Muhyiddin Yassin yang juga ahli parlimen Pagoh bersama Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Setelah membuat pusingan U beberapa kali berhubung isu had umur belia, kerajaan Johor akhirnya mengambil pendirian menolak cadangan itu dan mahu mengekalkan umur 40 tahun sebagai had usia belia.

Selain Johor, negeri lain yang turut mengekalkan 40 tahun sebagai had usia belia ialah Sarawak, Selangor, Perlis, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Pada 1 Julai lalu, Syed Saddiq membentangkan rang undang-undang(RUU) untuk mendefinisikan semula istilah ‘belia’ sebagai golongan berumur di bawah 30 tahun melalui pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat.