Azmin: Anwar Muahasabah, cermin muka dulu

Terdahulu hari ini, Anwar berkata pendirian awalnya adalah bahawa Azmin tidak perlu meletak jawatan tetapi harus berbuat demikian jika video berkenaan terbukti benar.

Pergeseran dalaman PKR semakin memuncak petang ini apabila membabitkan dua pemimpin tertinggi parti itu – Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali.

Selepas gesaan Anwar agar timbalan presiden PKR itu perlu meletakkan jawatan daripada Kabinet jika terbukti beliau terlibat dalam video seks yang kini dalam siasatan polis,  Azmin membidas presidennya dan memintanya untuk “cermin diri sendiri”.

“Baca bibir saya. Bagitahu dia, dia mesti tengok ‘siapa lelaki dalam cermin itu’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas sidang berakhir petang ini.

Diminta pemberita untuk mengulas lanjut, katanya “Suruh Anwar muhasabah. Cermin muka dia dulu,” katanya sebelum berlalu pergi.

Bulan lalu, bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui bahawa dia adalah lelaki dalam video seks itu dan mengheret Azmin sebagai teman lelakinya.

Azmin menafikan dakwaan itu dan menganggapnya sebagai fitnah yang bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Malah, katanya, ia adalah kerja dalaman parti itu.

Terdahulu hari ini, Anwar berkata pendirian awalnya adalah bahawa Azmin tidak perlu meletak jawatan tetapi harus berbuat demikian jika video berkenaan terbukti benar.

Kes berkenaan sedang disiasat dengan polis, buat masa ini, sedang menumpukan perhatian terhadap pihak bertanggungjawab yang merakam dan mengedarkan video seks itu.

Polis telah menahan beberapa individu termasuk Haziq dan juga seorang pembantu kepada Anwar untuk membantu siasatan.