Menyatu atau memecah ummah?

Sikap kerajaan negeri Melaka yang baru adalah menjadikan negeri ini lapangan terbuka kepada semua rakyatnya untuk menjadi penilai yang bijak.

Bila Ustaz Kazim atau Ustaz Azhar Idrus hadir untuk berforum dan berkuliah di Melaka, hingar bingar dikalangan pendukung kerjaaan negeri mengapa mereka dijemput disaat dahulunya dan semasanya mereka terus mengkritik kerajaan?

Namun begitulah sikap kerajaan negeri Melaka yang baru dengan menjadikan negeri ini lapangan terbuka kepada semua rakyatnya untuk menjadi penilai yang bijak.

Bukan terus hidup dibawah tempurung dengan sangkaan hanya merasakan doktrin mereka saja yang tepat dan benar.

Sikap hingar bingar pendukung kerajaan itu akhirnya sekadar di mulut dan di media, berlainan pula dengan apa yang berlaku di Masjid Parit Melana ketika penceramahnya semalam adalah Ustaz Wanji Wanhussin Wanji.

Mereka yang tidak bersetuju dengan anjuran program telah hadir dengan kekerasan sekali gus menghasilkan doktrin yang merasakan hanya puak kita saja bercakap betul, orang lain semuanya mengajak kepada kekufuran dan perpecahan.

Begitulah dua sikap berbeza yang diambil mereka terhadap program melibatkan individu yang sealiran mereka dengan individu beraliran lain.

Bukan aliran agama sangat, tetapi lebih kepada aliran politik kepartian.

Datang dengan membawa slogan penyatuan ummah adalah sebuah kecacatan keranan ianya lari dari makna sebenar dengan menyerang dengan kelulusan yang diberi oleh institusi agama negeri.

Ummah itu bersatu dibawah kepelbagaian pandangan bukan hanya dengan satu fikrah sahaja.

Apakah mereka berselindung di sebalik jenama penyatuan sedang mereka bertungkus lumus mahu ummah itu berpecah?

Tahniah kerajaan negeri yang komited menjadikan negeri ini hub kepada pusat penyebaran ilmu seperti zaman kegemilangan Melaka dulu.

Muhammad Syafiq Azmi
Pengerusi ARM
Aspirasi Rakyat Marhaen

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.