Bomba temui dua mayat dipercayai dibunuh selepas padam kebakaran

Kedua-dua mangsa berusia 60-an itu ditemui oleh sepasukan anggota bomba yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran di rumah berkenaan.

Dua mayat pasangan suami isteri dipercayai dibunuh ditemui dalam sebuah rumah di Taman Desa Melati di sini, jam 9.30 malam tadi.

Sinar Harian melaporkan, kedua-dua mangsa berusia 60-an itu ditemui oleh sepasukan anggota bomba yang menjalankan operasi memadamkan kebakaran di rumah berkenaan.

Penduduk memberitahu kejadian itu disedari oleh jiran apabila melihat terdapat kepulan asap di rumah mangsa sebelum menghubungi bomba.

Namun bomba yang menjalankan operasi menemui kedua-dua mayat terbabit di dua dengan satu daripadanya mempunyai kesan tikaman sebelum memaklumkan kejadian kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar yang ditemui di lokasi mengesahkan kebakaran berlaku dan akan memberi kenyataan selepas siasatan dilakukan.