Jasa PPD, Mohd Razali akan dikenang

Bekas PPD Maran, Jailani Ludin berkata, selaku rakan sejawatan, Mohd Razali seorang yang tegas dan mudah memberikan kerjasama antara daerah.

KUANTAN – Jasa bekas Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Mohd Razali Mustafar yang ditukarkan ke Pekan, akan dikenang guru besar dan pegawai sekolah daerah ini.

Bekas PPD Maran, Jailani Ludin berkata, selaku rakan sejawatan, Mohd Razali seorang yang tegas dan mudah memberikan kerjasama antara daerah.

“Beliau tahu apa yang beliau mahu dan memberikan komitmen penuh dalam mesyuarat melibatkan PPD Daerah. Secara peribadi, banyak jasa yang beliau lakukan untuk pembangunan pendidikan sekolah sekolah daerah Kuantan,” katanya.

Sambutan Hari Raya bersama ppd Ktn

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, Roshayati Hashim pula berkata, Mohd Razali sentiasa memberikan sokongan penuh atas segala aktiviti sekolah.

Menurutnya, ketegasan dan wawasan beliau menjadikan para pendidik di SK Tanjung Lumpur akan berusaha keras ke arah mencapai visi dan misi setiap program yang dirancang untuk murid.

“Jasa dan sokongan beliau akan sentiasa dikenang warga pendidik Kuantan.

“Bagi saya Tn Hj Mohd Razali seorang pemimpin yang sangat hebat, berwibawa, mempunyai visi yang jelas, berani, petah berkata kata, lantang dalam menyuarakan pendapat beliau dan begitu tegas dalam melaksanakan tugas pendidikan di Kuantan,” katanya

Guru Besar SK Teruntum, Tuan Sharifah Mariam S Zain berkata, Mohd Razali merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menjadikan SK Teruntum sebagai sekolah contoh dalam kerangka konsep pembelajaran Abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Menurutnya, beliau memastikan setiap Pegawai di PPD akan menjadi mentor guru-guru SK Teruntum dan PPD menyokong penuh membantu membudayakan KBAT dalam aspek pengurusan termasuk pentadbiran sekolah itu.

“Sepanjang berurusan dengan PPD Tuan Haji Mohd Razali saya tiada sebarang masalah kerana beliau sangat terbuka memberi pandangan, idea, membimbing dan membantu sekolah,” katanya.

Sepanjang lebih tiga tahun berkhidmat, mohd Razali berkata, PPD Kuantan merangka banyak pencapaian cemerlang antaranya: Program CAQ (celik Al-Quran) kini menjadi progan peringkat negeri dan akn menjadi program nasional

“Sebagai perintis, saya berbangga program dari Kuantan ini akan diangkat ke peringkat nasional.
Selain itu Program Baca Cepat Kawanku ( BCK) dengan kerjasama Yayasan Pahang membantu ribuan murid buta huruf.

“PPD Kuantan mendapat penarafan lima bintang. Dari segi fasiliti, Surau Al Muaalim Ppd Kuantan yang dahulunya hanya boleh solat enam orang kini boleh  sehingga 200 jemaah pada satu satu masa. Kos RM220,000 membina surau tersebut diperoleh hasil sumbangan guru guru Kuantan,” katanya.

Antara pencapaian lain adalah program Pemusatan Tingkatan Enam untuk meningkatkan pencapaian STPM dan kejayaan Kelas KAFA yang dahulunya hanya 5000 murid pada tahun 2016 kini melonjak kepada 20, 505 murid.

Mohd Razali bertukar ke PPD Pekan berkuatkuasa 22 Julai 2019 dan akan memulakan tugas 5 Ogos ini.

  1. Satu satunya PPD di Pahang mendapat penarafan bertaraf 5 bintang

  1. Pencapaian SPM terbaik tempoh lebih 10 tahun.           
  2. Prog  Celik Al-Quran – CAQ                           
  3. Prog Baca Cepat Kawanku – BCK.           
  4. Kelas KAFA  5,000 pada 2016 kini capai 22,505 murid