Comel muka pencipta lagu ‘Malu Apa Bossku’, kata Najib

Dalam satu klip video yang dikongsi Najib di Facebooknya, pencipta lagu dikenali sebagai Nurfazz yang turut bertindak sebagai penulis lirik dan penyanyi itu dilihat mendedangkan petikan lagu tersebut.

Najib Razak hari ini mendedahkan wajah pencipta lagu yang menggunakan slogan ‘Malu Apa Bossku’ dalam liriknya, yang dimuat naik di laman Youtube sejak 19 Julai lalu.

Malaysiakini melaporkan, Dalam satu klip video yang dikongsi Najib di Facebooknya, pencipta lagu dikenali sebagai Nurfazz yang turut bertindak sebagai penulis lirik dan penyanyi itu dilihat mendedangkan petikan lagu tersebut.

“Malu Apa Bossku, kita naik Ysuku, kita lawan fitnah tiga suku.

“Malu Apa Bossku, ramai yang tertipu, akhirnya kini mulai menyatu.

“Malu Apa Bossku, Kita lawan kita radu,” nyanyi Nurfazz dalam rakaman berdurasi 28 saat itu.

Najib tidak melepaskan peluang memuji penyanyi itu sebagai “bermuka comel” dan “bersuara merdu”.

“Ini wajah pencipta lagu ‘Malu apa bossku’ versi Nurfazz. Muka comel suara merdu. Mantap!” kata Najib dalam keterangan kiriman Facebook itu yang turut disertakan pautan ke rangkaian Youtube milik Nurfazz yang mengandungi versi penuh lagu tersebut.

Di bahagian awal lagu itu, turut diselitkan tentang populariti yang dinikmati Najib kini, berbeza dengan reaksi yang diterima bekas perdana menteri itu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

“Dulu benci, kini suka, dulu tak tahu mana benar.

“Kian hari kian sedar, mereka hanya berdusta

“Yang disangka durjana, dialah pembela”.

Setakat berita ini ditulis, versi asal lagu tersebut telah mendapat 51,098 tontonan, dengan 1,500 reaksi suka di rangkaian Youtube milik Nurfazz.

Dijangkakan video lagu tersebut akan mendapat tontonan lebih tinggi selepas dipromosi oleh Najib di laman sosialnya.