PM malu keadaan tandas kotor, busuk

Dr Mahathir menegaskan beliau selalu melakukan pemeriksaan di tandas dan malu dengan keadaannya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau malu dengan keadaan tandas di Malaysia yang kotor dan busuk.

Sinar Harian melaporkan, berucap pada Majlis Pelancaran Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan di sini pagi tadi, Dr Mahathir menegaskan beliau selalu melakukan pemeriksaan di tandas dan malu dengan keadaannya.

“Kita sering menyuarakan perasaan tidak senang kerana kalau ada tandas untuk orang ramai, keadaan itu tidak baik sama sekali.

“Kalau kita pergi ke negara tertentu, tandas untuk orang awam amat bersih. Tandasnya bersih kerana pengguna tidak kotorkan keadaan. Kenapa? Dia rasa bertanggungjawab dan menghargai pandangan masyarakat terhadap diri.

“Dengan itu dia akan jaga kerana dirinya memang bersih dan tidak lakukan sesuatu yang mengotorkan tandas,” katanya.