Himpunan tak dapat kebenaran polis

KUANTAN – Polis mengesahkan tiada sebarang kebenaran diberikan kepada penganjur program perhimpunan ‘Anti-Lynas 818 Protest Action’ yang dijadualkan berlangsung di Taman Gelora di sini esok.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, ini berikutan kegagalan penganjur memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, pihak penganjur program itu termasuk peguam ada membuat permohonan daripada polis mengenai program itu.

“Penganjur juga hadir dalam pertemuan dengan pihak polis untuk memaklumkan mengenai perhimpunan tersebut. Kita sudah maklumkan syarat yang perlu dipatuhi dan salah satu daripadanya mesti mendapatkan kelulusan tuan empunya tanah, iaitu pihak pengurusan Taman Gelora.

“Mereka faham dan akan patuhi syarat tersebut namun selepas itu kita dapati permohonan pihak penganjur dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) belum mendapat kelulusan jadi kita nasihatkan jika hendak buat, lakukan permohonan semula dan buat di lokasi lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, orang ramai dinasihatkan tidak berhimpun atau menyertai mana-mana tindakan kumpulan tersebut sekiranya mereka

“Satu laporan polis akan dibuat kerana ia boleh menyalahi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 dan boleh didakwa di mahkamah sebagai bersubahat,” katanya.