Lebih banyak pintu tertutup buat Zakir Naik

Pendakwah Islam di setiap negeri di Malaysia perlu mendapatkan kebenaran untuk menyampaikan syarahan dari pihak berkuasa kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, agensi penguatkuasaan negeri juga boleh memainkan faktor.Iklan

Negeri-negeri yang mana pendakwah Islam Dr Zakir Naik bebas bercucap semakin berkurangan susulan kontroversi yang dicetuskan dalam syarahannya di Kota Bahru, Kelantan baru-baru ini.

Setakat ini, Kedah, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang adalah antara negeri yang menyatakan bahawa mereka tidak akan membenarkan Zakir bersyarah di negeri masing-masing.

Malaysiakini memetik The Star melaporkan, ini telah disahkan oleh Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, exco Kedah yang bertanggungjawab terhadap urusan agama Ismail Salleh, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Mohammed Khusrin Munawi dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Pendakwah Islam di setiap negeri di Malaysia perlu mendapatkan kebenaran untuk menyampaikan syarahan dari pihak berkuasa kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun, agensi penguatkuasaan negeri juga boleh memainkan faktor.Iklan

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan penganjur supaya mengecualikan Zakir dan keluarganya daripada acara di negeri itu, minggu lalu. Katanya, nasihat itu dibuat dengan mengambil kira “maslahat” penceramah kelahiran India itu dan keluarganya.

Kerajaan negeri Sarawak telah melarang Zakir daripada memasuki negeri itu sejak beberapa tahun lalu. Sarawak, seperti Sabah, mempunyai kawalan ke atas sempadannya sendiri.

Pegawai kerajaan negeri Perak, Johor dan Sabah berkata tiada larangan menyeluruh ke atas Zakir tetapi mereka akan meneliti permohonan yang dibuat.

Zakir mencari perlindungan di Malaysia selepas diburu oleh pihak berkuasa di negara asalnya di India atas dakwaan, antara lain terbabit dalam pengubahan wang haram.

Pentadbiran BN sebelum ini telah memberi status pemastautin tetap kepadanya.

Ceramah terakhirnya pada 8 Ogos lalu di Kota Bahru, Kelantan telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Antaranya, beliau dilaporkan mendakwa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi, berbanding Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga dilaporkan membuat kenyataan kritis terhadap kaum Cina Malaysia dengan berkata mereka perlu terlebih dahulu keluar dari negara ini sebagai respons kepada desakan agar beliau diusir dari negara ini.

Zakir sedang disiasat oleh pihak polis berhubung kedua-dua kenyataan itu.

Semalam, Dr Mahathir berkata Zakir cuba bermain ‘politik kaum’ susulan kenyataan terkini pendakwah kontroversi itu mengenai orang Cina dan penganut Hindu rakyat Malaysia.

Katanya, kerajaan Pakatan Harapan tidak kisah sekiranya dia sekadar memberikan ceramah agama semata-mata.