Cikgu panjat tiang bendera ganti tali putus

Saya dah cuba beberapa cara tapi tak boleh nak masukkan tali di hujung tiang, jadi saya ambil keputusan untuk panjat. - Cikgu Mohd Rozi

Seorang Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam, Muadzam Shah, bertindak memanjat tiang bendera Malaysia untuk memasang tali baru.

Mohd Rozi Bahari, 40, berkata, tali bendera berkenaan putus pagi ini ketika sesi perhimpunan sekolah sedang dijalankan, pagi ini.

Menurutnya, tiada cara lain melainkan beliau perlu memanjat tiang bendera itu kerana pelbagai kaedah digunakan namun gagal.

“Saya dah cuba beberapa cara tapi tak boleh nak masukkan tali di hujung tiang, jadi saya ambil keputusan untuk panjat.

Cikgu Mohd Rozi berdiri di bawah tiang bendera selepas selesai memasang tali bendera Malaysia yang putus pagi ini.

“Demi bendera negara dan juga sekolah, apa la sangat memanjat tiang setinggi itu. Lagi pun tiang itu kuat untuk dipanjat,” katanya ketika dihubungi wartawan Timur Daily, hari ini.

Menurut Rozi, secara tidak langsung murid-murid yang melihat tindakannya itu akan termotivasi dengan sendiri untuk mencintai bendera Malaysia.

Cikgu Mohd Rozi ketika memasang tali bendera.

“Ini bendera Malaysia, tak boleh biarkan lama. Saya kena pastikan ia terus berkibar,” katanya.