Vaping ganggu fungsi saluran darah

"Ia sebenarnya boleh memberi kesan akut dan memberi kesan kepada saluran darah walaupun ada yang beranggapan pengguna e-rokok hanya menyedut wap air," kata ketua kajian, Dr Alessandra Caporale di Universiti Pennsylvania.

A person smokes a Juul Labs Inc. e-cigarette in this arranged photograph taken in the Brooklyn Borough of New York, U.S., on Sunday July 8, 2018. Juul Labs, the maker of the popular e-cigarette brand that has recently come under fire from health officials over its popularity with young adults, plans to introduce a line of lower-nicotine pods. The company will begin to sell pods with a 3-percent nicotine concentration in its mint and Virginia tobacco flavors later this year, according to a statement Thursday. Photographer: Gabby Jones/Bloomberg

PENNSYLVANIA – Kajian terbaharu menunjukkan golongan muda yang sihat mengalami simptom fungsi saluran darah terjejas selepas menghisap rokok elektronik walaupun tanpa nikotin.

Sinar Harian memetik AFP melaporkan, “Ia sebenarnya boleh memberi kesan akut dan memberi kesan kepada saluran darah walaupun ada yang beranggapan pengguna e-rokok hanya menyedut wap air,” kata ketua kajian, Dr Alessandra Caporale di Universiti Pennsylvania.

Kajian sebelum ini mendapati ‘vaping’ meningkatkan tanda keradangan dan satu bentuk kerosakan tisu dikenali sebagai tekanan oksidatif yang kembali pada paras normal dalam tempoh satu hingga tiga jam.

Sementara itu, Dr Irfan Rahman di University of Rochester Medical Center yang menjalankan kajian terhadap kesan rokok elektronik terhadap kesihatan turut menemukan kesan jangka panjang terhadap gangguan kardiovaskular.

Namun, kajian tersebut tidak mengesahkan pengguna ‘vape’ akan mengalami masalah kesihatan tersebut. – AFP