Gaya tudung Raja Permaisuri Agong jadi inspirasi

Perkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang pelajar tersebut, Sarah Misha di akauan Twitternya dan turut tag Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang.

Ramai yang kagum dengan penampilan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertudung litup sama ada majlis rasmi mahupun santai.

Terbaru, ia menjadi inspirasi sebahagian pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 24, Shah Alam apabila meniru gaya Permaisuri bertudung dalam foto kelas mereka.

Sinar Harian melaporkan, perkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang pelajar tersebut, Sarah Misha di akauan Twitternya dan turut tag Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Tahun ini gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah @cheminahsayang,”

Paling menarik apabila posting itu mendapat perhatian dan pujian daripada Tungku Permaisuri sendiri.

“Cantek,” balas tuanku.
“Terima kasih banyak, tuanku permaisuri idola kami semua,” tulis Sarah.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah antara kerabat diraja berjiwa rakyat dan juga aktif memuat naik status di media sosial.