Apa manfaat boikot, utamakan produk muslim?

Bila kita boikot "Giant" dan bertukar kepada Mydin, banyak outlet Giant dan pekerja diberhentikan. Adakah mampu Mydin menyerap pekerja-pekerja ini?

Bab utamakan produk Melayu muslim yang genuine dan berkualiti, saya setuju. Kita boleh utamakan produk atau premis Melayu muslim.

Tapi bukan boikot atas dasar emosi, perkauman dan politik. Saya tengok, di Korea, tak banyak produk Jepun. Orang China, bila pergi Jepun, dia cari produk buatan Jepun bukan produk buatan China, walaupun jenama yang sama.

Bila kita boikot “Giant” dan bertukar kepada Mydin, banyak outlet Giant dan pekerja diberhentikan. Adakah mampu Mydin menyerap pekerja-pekerja ini?

Adakah Mydin dan outlet Melayu muslim yang lain dapat membina kuasa beli dan ekonomi pekerja-pekerja yang dibuang tadi? Adakah kedai runcit Melayu muslim mampu menampung pekerja dan menyokong ekonomi negara secara cepat dan berskala besar?

Ekonomi dan pasaran produk berbentuk terbuka dan global. Kita mesti rasional dan berfikiran terbuka untuk membangun ummah.

Masa ini, kawan-kawan dan keluarga yang kerja di outlet Giant sedang murung dan risau kerana memikirkan akan diberhentikan.

Saya baru bertukar ke outlet Mydin dari outlet Giant untuk barangan runcit bulanan. Tapi produk-produk yang dibeli masih sama seperti Milo, Nescafe, sos Maggi, minyak Smart Balance, minyak zaitun, telur omega dan lain-lain yang kebanyakan masih dari pembuat yang sama. Hanya tisu dan air minuman berjenama Mydin.

Saya sokong utamakan produk atau premis Melayu muslim yang genuine dan berkualiti. Dalam masa sama membina kuasa ekonomi Melayu muslim dan negara secara terbuka serta persaingan yang adil.

Tapi bukan boikot atas dasar emosi berulang-ulang dan kurang cerdik manakala kita setiap hari diperbodohkan lagi oleh golongan “politik tikus” yang menggunakan alasan perkauman serta agama yang sempit.

Zainal Omar

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.