Dakwaan tak jual barangan muslim fitnah, Econsave lapor polis

Laporan polis tersebut dibuat Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara kira-kira jam 1.15 petang semalam.

Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) membuat laporan polis berhubung fitnah bahawa pasar raya itu tidak lagi menjual barangan keluaran Bumiputera Muslim yang tular di laman sosial Facebook sebelum ini.

Sinar Harian melaporkan, laporan polis tersebut dibuat Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara kira-kira jam 1.15 petang semalam.

Mas Imran berkata, Econsave mengambil serius tuduhan dan fitnah terhadap pasar raya itu.

Menurutnya, berbanding pasar raya lain, Econsave merupakan salah satu pasar raya yang banyak menjual produk Bumiputera dan Muslim.

“Pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Halal Industry Development (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka. Antara posting berkaitan yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Facebook.

“Hampir 80 peratus peserta terdiri daripada usahawan-usahawan Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.More in Home

Mas Imran berkata, pihak Econsave juga memberi tempoh masa 48 jam ke atas pemilik akaun Facebook untuk menarik balik serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan di media sosial.

Katanya, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya permohonan maaf secara terbuka tidak dilakukan di platform maklumat palsu ditularkan.

“Kami mengesyorkan agar para pengguna serta warganet untuk tidak menularkan posting berunsur fitnah tersebut.

“Di kesempatan ini, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelanggan yang terus menyokong kami,” katanya.