Anak pelakon AR Badul maut terkena tembakan

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang berusia 36 tahun merupakan anak kepada pelakon veteran, AR Badul.Zahir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi.

Mejar Mohd Zahir Armaya meninggal dunia selepas terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu.KUALA LUMPUR: Seorang pegawai komando 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) meninggal dunia difahamkan terkena tembakan senjata jenis M4 semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dalam kejadian pagi Rabu.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang berusia 36 tahun merupakan anak kepada pelakon veteran, AR Badul.Zahir menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.20 pagi.

Allahyarham yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena paluan berundur Markas 5 Briged.Difahamkan sebelum insiden, Allahyarham dikatakan melakukan salah satu persembahan di acara bersempena acara pelancaran divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 di Padang Kawad 6 RAD, Kem Lok Kawi.

Ketua Polis Daerah Penampang,  Deputi Superintendan Haris Ibrahim ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya akan memberi maklumat dalam tempoh terdekat berhubung insiden berkenaan.