Restoran, chalet Berjaya Tioman Resort terbakar

Salah seorang netizen yang juga penduduk pulau itu memuat naik video kejadian memaklumkan, restoran dan chalet yang terlibat musnah sepenuhnya, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

ROMPIN – Sebuah restoran dan beberapa chalet milik Berjaya Tioman Resort, Pulau Tioman di sini dilaporkan musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Memetik laporan Sinar Harian, Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2 pagi itu dikongsi netizen melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Salah seorang netizen yang juga penduduk pulau itu memuat naik video kejadian memaklumkan, restoran dan chalet yang terlibat musnah sepenuhnya, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurutnya, difahamkan penduduk cuba membantu memadam kebakaran namun gagal ekoran api terlalu marak.

“Di sini tiada balai bomba jadi usaha memadam kebakaran tidak dapat dilakukan bagi menyelamatkan premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Maklumat lanjut berhubung kebakaran awal pagi itu sedang diperoleh daripada pihak bomba.