Saya sokong BMF tapi perlu pendekatan lebih mesra

Asas perpaduan perlu diutamakan kerana setiap orang berhak memilih produk apa yang nak dibeli, tanpa perlu menyebarkan kempen boikot yang digunakan sebahagian oleh ahli politik.

Saya secara peribadi menyokong kempen Buy Muslim First (BMF), cuma perlu disebarkan dengan kaedah yang lebih mesra, bukanlah dengan emosi seolah mahu memboikot.

Tidak juga diperhebatkan apabila ingin menunjukkan protes kepada kaum lain. Di masa yang lain, ia sunyi dan tidak digerakkan.

Asas perpaduan perlu diutamakan kerana setiap orang berhak memilih produk apa yang nak dibeli, tanpa perlu menyebarkan kempen boikot yang digunakan sebahagian oleh ahli politik.

Dalam sebuah negara yang majmuk, kita perlu jaga keamanan sebagai perkara pokok yang perlu diutamakan.

Membina negara ini perlu penglibatan semua kaum dan kita perlu bergerak sebagai satu pasukan dan bukan memilih untuk bergaduh sesama sendiri.

Dalam menjalankan perniagaan setiap kaum terpaksa bergantung kepada satu sama lain.

Peruncit melayu masih memerlukan perkhidmatan transport dari pengedar cina, pengeluar produk rempah india masih memerlukan sumber bahan mentah daripada ladang melayu.

Gunakan kuasa pengguna untuk membeli barang yang bagus kualitinya dengan harga yang berpatutan dan ini lah kempen yang paling baik serta benar.

Soal siapa pemiliknya bukanlah perkara utama kerana pengguna perlu mempertahankan penggunaan barang yang berkualiti dengan harga berpatutan.

Akhirnya nanti, setiap pengeluar akan menghasilkan produk yang berkualiti, menawarkan harga yang terbaik manakala pengguna adalah pihak yang paling beruntung.

Khairul Anuar Md Idris
Ahli Amanah Rompin

Padangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.