KISAH PAK BELALANG MAKAN SECRET RECIPE

Samalah orang kita, asal Arab saja kita sangka dia ustaz. Bila berjubah labuh, terus kita kata dia tidak menipu.

Semalam ajak anak-anak menonton filem Nujum Pak Belalang.

Ada satu babak ketika Pak Belalang nak minum kopi, disuruh anaknya Belalang untuk menyediakan minuman tersebut.

Lalu si Belalang membalas ayahnya, sudah lama mereka tidak minum kopi. Pak Belalang seraya berkata tumbuklah arang yang ada di dapur, asalkan nanti air itu datangnya hitam.

Ditumbuklah arang dengan lesung batu di dapur oleh Belalang. Tak cukup arang, dikikis pula belakang kuali. Dibancuhnya dengan air serupa kopi.

Ketika menunggu hidangan kopi, ada yang datang berziarah bertemu Pak Belalang, maka dijamulah kopi yang dilihat lazat.

Rupanya sedap, tapi rasanya pahit bukan kepalang.

Begitulah sinikalnya filem ini. Bagi mereka bila dilihat hitam terusnya diminum kerana disangka kopi. Tidak mahu bertanya dulu, sebaliknya meneguk dulu.

Ada pula yang dah tahu itu bukan kopi pun, tapi dilanggah juga kerana belajar dari sifat katak.

Samalah orang kita, asal Arab saja kita sangka dia ustaz. Bila berjubah labuh, terus kita kata dia tidak menipu.

Nasib baik cerita Pak Belalang tidak memotong kek Secret Recipe, dalam dia berkempen sembunyi-sembunyi dia mengelat.

Kalau Pak Belalang lihat di dalam mangkuk air terlihat lembu dan kambing, Pak Belalang yang makan kek Secret Recipe pula ternampak monyet dan kambing didalam air.

Muhammad Syafiq Azmi

Pandangan penulis tidak semestinya mencerminkan pendirian Timur Daily.