Pengerusi Amanah Pahang tersungkur di laman sendiri

Difahamkan perwakilan telah menolaknya bagi mengekalkan jawatan dengan memilih kepimpinan baru yang diteraju oleh YM Raja Puji Tengku Abdul Hamid.

Pemilihan Amanah Kawasan Raub telah berlangsung dengan jayanya semalam di Laman Pesona Ceroh Raub.

Disebabkan tiada cawangan yang sah maka mesyuarat dijalankan dengan perwakilan 1/3 ahli kawasan .

Menurut sumber, pengerusi negeri merangkap Timbalan Pengerusi PH Pahang, Dr Hamzah Jaafar turun mempertahankan jawatan sebagai Ketua Kawasan Raub.

Difahamkan perwakilan telah menolaknya bagi mengekalkan jawatan dengan memilih kepimpinan baru yang diteraju oleh YM Raja Puji Tengku Abdul Hamid.

Dr Hamzah hanya mendapat 1.9 peratus undi sekaligus mengambarkan kepimpinan beliau ditolak di peringkat akar umbi walaupun beliau merupakan belas calon Dun Dong dalam kawasan Parlimen Raub pada PRU14 lalu.

Beliau sebelum ini telah menzahirkan hasrat untuk mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi Amanah Negeri pada konvensyen negeri yang dijangka pada hujung bulan November.

Selain itu, terdapat beberapa calon yang juga disebut-sebut bakal bertanding jawatan tersebut antaranya bekas Adun Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed, Ketua Kawasan Kuala Krau, Abdullah Yaacob dan bekas calon Dun Beserah, Zulkifli Mohamed.

Melihat pada barisan pencabar itu, timbul persoalan adakah Dr Hamzah mampu mempertahankan jawatan Pengerusi Amanah Negeri.