Ambil buku percuma di Teluk Chempedak

Bermatlamatkan pembudayaan membaca walau di mana berada, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) kini menganjurkan program Book For Life (BFL) yang berkonsepkan Derma buku, ambil buku menerusi rumah buku di Teluk Chempedak.

Berita gembira buat mereka yang suka membaca dan sentiasa dahagakan bahan pembacaan baharu, kini di Teluk Chempedak anda boleh mengambil buku secara percuma!

Bermatlamatkan pembudayaan membaca walau di mana berada, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) kini menganjurkan program Book For Life (BFL) yang berkonsepkan Derma buku, ambil buku menerusi rumah buku di Teluk Chempedak.

Syaratnya mudah iaitu pengunjung hanya perlu berkongsi buku-buku peribadi ke dalam struktur  rumah mini khas yang dibina di situ, sebelum mengambil bahan bacaan lain yang tersedia di situ.

Pustakawan yang juga Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan dan Korporat PPAP Pahang, Mohd Norshazlin Sa’adun Nazir berkata, cadangan Projek BFL merupakan satu projek mewujudkan sebuah rumah kecil yang mengandungi buku-buku.

“Ia berkonsepkan ambil sebuah buku dan tinggalkan sebuah buku sebagai sumbangan, tiada tarikh pulang, tiada denda lewat pemulangan, tidak memerlukan keahlian dan dibuka setiap hari seminggu dan 24 jam sehari.

“Pada masa ini BFL ditempatkan di kawasan yang terdapat ramai pengunjung dan kawasan yang terbuka.  Mengandungi pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian untuk semua peringkat umur dan merupakan suatu usaha bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan lebih santai,” katanya.

Rumah buku bagi Projek Book For Life ini akan
dibina di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Pantai Teluk Cempedak, Taman Esplanade, Taman Kerang, Jalan Besar, Masjid Sultan Ahmad 1 dan Laman Teruntum, Kuantan.