Nak pinjam RM20,000, dua individu rugi RM27,460

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, bagi kes pertama mangsa berusia 35 tahun terpedaya iklan Facebook dengan membuat permohonan pinjaman wang sebanyak RM20,000.00 bagi urusan pusingan modal perniagaan.

Dua individu terpaksa berputih mata akibat terpedaya iklan pinjaman wang dalam talian.

Bukan sahaja duit yang ingin dipinjam tidak dapat, bahkan mereka pula yang kerugian sehingga RM27,460 kononnya bagi pembayaran proses pinjaman 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, bagi kes pertama mangsa berusia 35 tahun terpedaya iklan Facebook dengan membuat permohonan pinjaman wang sebanyak RM20,000.00 bagi urusan pusingan modal perniagaan.

Permohonan mangsa diluluskan dan diminta membuat bayaran peguam, bayaran insuran, bayaran cukai kerajaan, bayaran mengaktifkan akaun dan bayaran GST.

“Beliau memasukkan wang sebanyak RM18,460.00 sebanyak 26 kali pembayaran ke dalam lapan akaun akaun berasingan pada awal September lalu.

“Selepas kesemua pembayaran dilakukan, mangsa masih lagi tidak menerima apa-apa wang pinjaman sebaliknya alami kerugian. Seterusnya mangsa membuat laporan kerana tidak berpuashati dan ditipu dalam urusan pinjaman wang tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya pihak polis sedang berusaha mengesan kesemua lapan suspek yang merupakan pemilik-pemilik akaun yang digunakan dalam kes tersebut.

Bagi kes kedua, mangsa merupakan agen takaful berusia 20 tahun juga terpedaya dengan modus operandi sama yang memaklumkan pinjaman beliau menerusi internet berjumlah RM20,000 telah lulus.

Mohd Wazir berkata, pada 17 Oktober mangsa telah diminta menyerahkan butiran peribadi iaitu salinan kad pengelanan dan penyata bank sebagai permulaan proses pinjaman tersebut dan telah berbuat demikian.

“Pada 21 Oktober mangsa dimaklumkan pinjaman wang telah lulus dan diminta membuat beberapa pembayaran yang keseluruhannya berjumlah RM9,000.00.

“Mangsa hanya menyedari diri ditipu selepas melakukan kesemua transaksi tersebut,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.