Biodata Youtuber Malaysia Syahmi Sazli

Antara video terbaru Syahmi Sazli yang popular adalah siri Mael Totey dan Ronnie & Rongok yang turut dibintangi oleh Asif. Siapa pula Asif? Asif ialah seorang budak autisma yang pernah viral di Facebook dan Instagram suatu ketika dulu setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra yang berjudul Di Sini Kasihku Abadi dengan lirik rekaannya sendiri. Gelagat Asif yang spontan telah mencuit hati ramai viewers di IG dan FB.

Jika anda selalu menonton video di Youtube, anda pasti akan kenal dengan jejaka bernama Syahmi Sazli. Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, ramai anak muda telah menjadikan media sosial sebagai gedung menimba ilmu, berhibur malahan menjana pendapatan. Antara youtubers muda yang muncul bak cendawan ini termasuklah Syahmi Sazli, Alieff Irfan, Mr Kokom, Zukie dan ramai lagi.

Video pendek hasil karya Syahmi Sazli selalu saja trending di Youtube Malaysia. Video ringkas antara 5 – 10 minit yang dihasilkannya sangat santai namun penuh dengan mesej tersurat dan tersirat. Walaupun hampir semua video terbitannya adalah dalam loghat kelantan, namun ia menyertakan sekali subtitle bagi setiap video tersebut. Ini memudahkan penonton yang kurang faham akan loghat ‘kelate’ untuk sama-sama menikmati mesej yang ingin disampaikan.

Antara video terbaru Syahmi Sazli yang popular adalah siri Mael Totey, Ronnie & Rongok dan Drama Spontanyang turut dibintangi oleh Asif dan Yoe. Siapa pula Asif Yoe? Asif ialah seorang budak autisma yang pernah viral di Facebook dan Instagram suatu ketika dulu setelah menyanyikan lagu Rahmat Ekamatra yang berjudul Di Sini Kasihku Abadi dengan lirik rekaannya sendiri.

Untuk rekod, Asif mula menjinakkan diri dalam lakonan pada tahun 2018 dalam video viral Syahmi Sazli yang berjudul Ujian Buat Lelaki sehinggalah sekarang. Asif juga mempunyai bakat dalam permainan tradisional seperti gendang yang dihadiahkan oleh pakciknya sendiri. Di samping itu, Asif juga mempunyai trademark tersendiri yang dikenali ramai iaitu “Jange Gura” (Jangan Bergurau).

Selain Asif Suhaimi, Drama Spontan terbitan Syahmi Sazli Productions ini juga turut serta pelakon baru yang di ketengahkan Syahmi Sazli iaitu Yoe atau lebih dikenali sebagai Yoe Parey. Wataknya didalam Drama Spontan 14 membuatkan ramai pengikut beliau berpuas hati dengan watak yang dilakonkan dimana video tersebut juga mendapat jutaan viewers dalam masa 2 hari di muat naik di Youtube.

Permulaan Seorang Youtuber

Berbalik kepada kisah Syahmi Sazli, beliau mula berkecimpung dalam bidang pembikinan video pendek pada tahun 2016. Sejak itu, beliau sentiasa mencari jalan dan menimba ilmu dalam meningkatkan kualiti video yang dihasilkan. Syahmi juga terpaksa meyakinkan ibubapanya bahawa inilah bidang yang digemarinya walaupun ketika itu masih menuntut dalam bidang kejuruteraan di sebuah pusat pengajian tinggi.

Selepas semakin berjaya dan memperolehi pendapatan yang stabil, Syahmi telah berkahwin dengan gadis cantik bernama Anissa Faizul yang juga berasal dari Kelantan. Hasil perkahwinan di usia muda, pasangan ini telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata perempuan pada awal tahun ini.

Mari kita semak biodata Syahmi Sazli.

Biodata Syahmi Sazli

Nama: Syahmi Sazli
Panggilan: Syahmi / Mie
Asal: Kampung Gertak Kechupu, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 23 Mac 1997
Umur: 22 Tahun (2019)
Adik-Beradik: Anak kedua daripada lima beradik
Status: Berkahwin
Nama Isteri: Anissa Faizul
Nama Anak: Ainul Mardhiah
Bangsa: Melayu
Agama: Islam
Warganegara: Malaysia
Pendidikan:
– Sultan Ismail College, Kota Bharu
– Diploma Kejuruteraan Elektrik
– Ijazah Sarjana Muda Jurusan Kejuruteraan (tidak sempat menghabiskan pengajian kerana memberi fokus kepada penghasilan video)
Kerjaya: Youtubers, Influencer dan Usahawan
Nama Syarikat: Syahmi Sazli Production SDN BHD (1316999-U)
Youtube Channel: @SyahmiSazli
Instagram: @syahmisazli dan @syahmisazliproduction
Facebook: @syahmisazli.production
Foto Kahwin Syahmi Sazli

Gambar Santai Syahmi Sazli
Syahmi bersama Isteri Anissa Faizul dan Anak Ainul Mardhiah
Gambar Perkahwinan Syahmi Sazli
Syahmi bersama Asif Suhaimi

Sumber : Azhan.co