Pelangi ‘dua beradik’ muncul di Rompin

Kebiasaan pelangi hanya muncul satu dalam suatu masa namun menjadi ganjil apabila muncul dua pelangi dalam suatu masa.

Kejadian aneh itu dirakam oleh seorang netizen, Faizal Madzlan yang sedang menaiki kereta ketika melalui Tanjung Gemok, Rompin, Pahang.

Ia bagaikan pelangi ‘dua beradik’ yang jarang atau mustahil dapat dilihat dalam suatu masa di tempat sama.

Beliau yang kagum dengan fenomena alam yang terbentuk daripada tujuh warna itu kemudian memuatnaik gambar di Facebook.

Netizen turut memberikan pelbagai reaksi, selain menzahirkan rasa kagum ada antaranya mengatakan ia adalah tanda banjir besar bakal berlaku.

Apa pun reaksi netizen, itu adalah tanda kuasa Tuhan.