190 keluarga terputus hubungan di Rompin

Berdasarkan hantaran di Facebook Polis Daerah Rompin, sebanyak 190 buah keluarga di Sungai Mok, Kuala Rompin telah terputus hubungan.

Hantaran yang turut disertakan beberapa gambar itu memaparkan jalan utama ke kampung itu telah dinaiki air.

Tanpa menyatakan bacaan paras air, hantaran itu hanya menyatakan air di paras pinggang ekoran hujan yang lebat selama 3 jam.

Kredit Facebook Polis Daerah Rompin