Ahli Parlimen Temerloh dibenarkan keluar hospital

Beliau yang dimasukkan ke hospital sejak 26 Oktober lalu akibat minor strok dibawa pulang ke rumahnya di Subang, Selangor petang tadi.

Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Anuar Tahir yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat minor strok dibenarkan keluar daripada hospital hari ini.

Beliau yang dimasukkan ke hospital sejak 26 Oktober lalu akibat minor strok dibawa pulang ke rumahnya di Subang, Selangor petang tadi.

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Ismail berkata, keadaan Mohd Anuar bertambah baik dan dibenarkan keluar petang ini.

“Alhamdulillah beliau telah keluar daripada hospital dan semakin baik, beliau akan terus menjalani fisioterapi di rumah.

“Kita doakan kesihatan beliau bertambah baik dan dapat kembali berkhidmat untuk masyarakat,”katanya.