Jika hujan berterusan, penduduk bimbang Jerantut dilanda banjir

Beberapa penduduk yang dihubungi menyatakan sekiranya pada hari ini hujan lebat berterusan di kawasan pedalaman, paras air sungai dijangka akan terus meningkatkan dan diramalkan banjir berlaku.

Beberapa stesen Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Daerah Jerantut, hari ini menunjukkan trend paras air menaik berikutan hujan lebat sejak semalam di kawasan Ulu Tembeling dan pesisiran Sungai Tembeling, Sungai Pahang serta Sungai Jelai.

Stesen Kuala Tahan merekodkan paras air sungai Tembeling 61.40 meter mengatasi paras normal 60 meter dan paras berwaspada pada 64 meter. Manakala Stesen Sungai Yap pula merekodkan 45.13 meter dan paras waspada pada 48.00meter, Stesen Jeram Bungor mencatatkan bacaan 55.04 meter dan menghampiri paras waspada 58.00 meter.

Beberapa penduduk yang dihubungi menyatakan sekiranya pada hari ini hujan lebat berterusan di kawasan pedalaman, paras air sungai dijangka akan terus meningkatkan dan diramalkan banjir berlaku.

Walaupun begitu, penduduk di pesisir sungai diharap sentiasa mengawasi pergerakan anak masing-masing yang berkaitan dengan aktiviti di air.

Gambar yang dirakam penduduk di Kampung Bantal, Jerantut, malam semalam.