Kanak-kanak ada tabiat bangun malam, berjalan hilang

Berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa, anak mereka mempunyai tabiat sering bangun pada waktu malam dan berjalan.

Seorang kanak- kanak lelaki Orang Asli dilaporkan hilang di Kampung Jarau Lama, Pos Kemar di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.33 pagi.

Menurutnya, kanak-kanak berusia 10 tahun itu dipercayai hilang malamnya.

“Berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa, anak mereka mempunyai tabiat sering bangun pada waktu malam dan berjalan.

“Kebiasaannya kanak-kanak itu akan kembali kepada keluarganya pada waktu pagi,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan bot aluminium Balai Bomba dan Penyelamat Selama dan Kamunting.

Katanya, agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Angkatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM) dan polis.

“Operasi mencari dengan menaiki bot menyusuri Sungai Temenggor. Operasi melibatkan JKOA bagi memudahkan pencarian di kawasan hutan dan bukit.

“Operasi ditangguhkan dan akan disambung esok pagi,” katanya.

– #PerakGazette

Gambar Ihsan JBPM