Arus deras sukarkan operasi mencari

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, operasi yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi hari ini ditumpukan sekitar kawasan mangsa dipercayai hilang.

Arus deras dan paras air sungai yang tinggi hari ini menyukarkan usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak yang hilang di Sungai Lipis berhampiran Kampung Pagar, Penjom di sini.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, operasi yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi hari ini ditumpukan sekitar kawasan mangsa dipercayai hilang.

“Pencarian masih giat dilakukan dan cuaca pada masa ini mendung manakala arus deras dengan paras air yang tinggi,”katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli,6, dipercayai bermain ditebing sungai berkenaan bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh.

Semalam seorang kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dibawa arus deras di Sungai Lipis berhampiran Kampung Penjom di sini, hari ini.