Netizen berang pisang kena ‘rembat’

Menurutnya, antara pisang yang dicuri di kebunnya adalah jenis pisang udang atau pisang merah.

Seorang netizen menasihatkan masyarakat sekitar Temerloh agar berhati-hati membeli pisang.

Ia berikutan banyak pisang di kebunnya telah ‘dirembat’ dan bimbang masyarakat membeli pisang yang telah dicuri di kebunnya.

Berdasarkan hantaran di group Temerloh, pengguna Facebook dengan nama Encik Nelayan turut meminta masyarakat yang mengetahui individu yang menceroboh kebunnya yang terletak di Sanggang agar melaporkan kepadanya.

“Mohon kepada pembeli pisang supaya berhati-hati membeli pisang dari penjual yang tidak dikenali sekitar Temerloh.

“Kebun koi (saya) telah diceroboh malam tadi dan kesemua pisang yang telah tua dicuri tanpa belas kasihan. Jika ada info mohon maklum kepada koi,” katanya.

Menurutnya, antara pisang yang dicuri di kebunnya adalah jenis pisang udang atau pisang merah.

Pisang udang atau pisang merah.

“Jika ada yang nak jual pisang merah atau udang hati-hati. Pisang merah ni jarang orang jual dan tanam. Dalam 20 tandan kena rembat,” katanya.