Pahang bangga dengan kemenangan skuad bola jaring Sukan Sea 2019

Lebih manis lagi kejayaan mereka disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Jaring Pahang.

Skuad bola jaring negara terus mencipta kejayaan gemilang selepas berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi dua tahun lalu apabila menewaskan musuh tradisi, Singapura 48-42 pada aksi final Sukan SEA 2019 di Kompleks Sukan Santa Rosa, di sini, semalam.

Lebih manis lagi kejayaan mereka disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Jaring Pahang.

Kehadiran YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza bersama Timbalan dan AJK Persatuan Bola Jaring Pahang ke Manila sejak 2 hari lalu ibarat memberi suntikan semangat kepada pasukan negara apabila mereka mempamerkan aksi paling cemerlang walau diberi tentangan sengit oleh pasukan Singapura pada pertandingan akhir di temasya itu.

Apa yang lebih menarik, kejayaan pasukan negara juga disumbang oleh kelincahan dan kehebatan anak jati dari negeri Pahang, Norashikin Kamal sebagai ‘Goal Shooter’ yang telah beraksi cemerlang pada pertandingan akhir itu.

Ia merupakan satu kebanggaan buat Negeri Pahang kerana telah berjaya melahirkan atlet bertaraf antarabangsa, ini sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri Pahang selama ini telah berada di landasan yang betul serta telah melakukan yang terbaik bagi meningkatkan perkembangan sukan di negeri ini.

Kemenangan ini menjadi inspirasi kepada semua pemain Bola Jaring di negara ini dan ianya sudah tentu merupakan kejayaan buat Negeri Pahang juga. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain negara dan mereka yang terlibat selama ini hingga melahirkan sebuah pasukan Bola Jaring wanita yang digeruni di Asia juga di Dunia.

Syabas, Norasyikin Kamal dan pasukan negara.

-Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)