Nyanyi lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin perbuatan melampau

Presidennya, Jasni Md Kechik mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas dan jangan lagi memberi muka kepada pihak tersebut kerana ini akan menjadi berlarutan dengan perbuatan lain.

Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) beranggapan nyanyian lagu Negaraku menggunakan lirik bahasa Mandarin satu perbuatan yang sangat melampau dan mempersenda lagu kebangsaan yang sedang tular melalui media sosial.

Presidennya, Jasni Md Kechik mahu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas dan jangan lagi memberi muka kepada pihak tersebut kerana ini akan menjadi berlarutan dengan perbuatan lain.

“Belum habis isu bendera berbintang lima bucu yang berlaku baru-baru ini, bendera terbalik dan satu ketika dahulu seorang individu mempersendakan lagu nyanyian negaraku tidak diambil tindakan tegas.

“Amat mendukacita, daripada visual tersebut, murid sekolah menyanyi lagu negaraku dalam Mandarin, pastinya seseorang dipercayai guru yang mengajarnya, mana kesetiaan murid , guru atau individu yang melakukan perbuatan itu yang sangat mendukacita, ” katanya.

Tambahnya, perbuatan itu sebagai provokasi melampau yang boleh mencetuskan keharmonian antara kaum.

Disamping itu perbuatan menukar lirik Negaraku dalam bahasa Mandarin tu tidak boleh diberi alasan tidak sengaja kerana perbuatan seperti itu seperti telah dirancang

Beliau mahu KPM serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat dan mengambil tindakan segera seperti tindakan tatatertib.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan akan menyiasat isu video yang tular itu.

Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang juga berlaku di beberapa sekolah lain.

KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Negara Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.