Kurangkan sisa, semua premis komersial, industri wajib asing sampah

KUANTAN – Semua premis komersial, industri dan institusi diwajibkan mengasingkan sisa pepejal dan melantik syarikat perkhidmatan pemungutan yang berlesen, bermula Mac tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Malaysia, Ismail Mokhtar berkata, kegagalan melantik mereka yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) boleh di denda maksimum RM10,000.

Menurutnya, penguatkuasaan ini adalah seiring dengan pewartaan Peraturan Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian yang diwartakan pada 13 Julai 1018.

“Dalam peraturan ini syarikat pemungut yang dilantik perlu mengasingkan sisa pepejal mengikut jenis, di dalam bekas sesuai dan disimpan di tapak penstora  yang sesuai. Aisa diletakkan di tapak stor yag sesuai.

“Sisa akan dikutip oleh syarikat pemungutan  yang berlesan dengan JPSPN dan rekod transaksi setiap khidmat pungutan perlu disimpan. Selain dari itu bagi sisa binaan juga tertakluk di bawah satu peratuan yang menggariskan bahawa semua penggiat industri binaan wajib lantik syarikat pemungut berdaftar mulai Januari 2020,” katanya  ketika ditemui di Dewan Dato Mohd Nor Afandi di sini, hari ini.

Dalam pada itu Ismail berkata, ramai pemilik syarikat atau individu melantik syarikat pemungut yang tidak berdaftar dengan SWCorp sama ada mereka sedar atau tidak.

“Syarikat pemungut ini pula tidak membuang sampah di tempat yang ditetapkan mengikut prosedur menyebabkan mereka sewenang-wenangnya membuang di lokasi haram.

“Walaupun SWCorp melaksanakan penguatkuasaan namun perkara buang sampah di tapak haram ini masih berleluasa. Pada 2019 sahaja, kita telah dakwa hampir 100 kes di mahkamah seluruh negara membabitkan denda lebih RM800,000.

“Justeru kesedaran pemilik amat penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar ini. Syarikat pemungut tidak berdaftar sanggup membuang di lokasi haram demi keuntungan semata-mata ,” katanya.