Bowling Muhibbah PMC-Media Pahang

Kuantan 18 Disember 2019 – Satu perlawanan persahabatan bowling telah diadakan di antara Hospital Pahang Medical Centre (PMC) dengan Kelab Media Pahang di Megalanes Kuantan. 

Seramai 48 orang pemain telah turut serta mengambil Bahagian dalam perlawanan ini. 

Pilihan PMC yang membariskan pemain-pemain daripada Agensi dan anak Syarikat MUIP iaitu Pahang Medical Centre (PMC), Klinik Al-Farabi (KAF), Pusat Kutipan Zakat Phg (PKZ), Pasaraya Darul Makmur (PDM) dan Grand Darul Makmur Hotel (GDM)

Manakala Pilihan Kelab Media Pahang pula mempertaruhkan pemain-pemain daripada The Star,  Bernama, BH/NST/Metro, RTM, TV3, Sinar Harian, Timur Daily & UKOMP.

Perlawanan tersebut telah dirasmikan dengan balingan pertama oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan  Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hasan

Datuk Kamarizan Klinik al-Farabi dari team Pilihan PMC  telah memenangi perlawanan dalam kategori individu lelaki, manakala Lala Timurdaily telah mengungguli Kategori individu wanita. 

Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan PMC,  Mohd Sakeri Mohd Yunus berkata, acara ini sebahagian dari atucara program Jabatan Pembangunan Perniagaan PMC sebagai usaha dalam merapatkan lagi ukhwah dan hubungan antara PMC, Anak-anak syarikat MUIP bersama Pihak Media.

The Best team pula telah menjadi milik Ucomp dr Media Pahang dan Johan Lelaki diterima Hafez Bernama.