Warga emas terkunci dalam rumah ditemukan mati

Mangsa yang berumur 78 tahun ditemukan duduk di atas kerusi malas dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Seorang warga emas yang dipercayai ‘terkunci’ di dalam rumahnya di Jalan Bahagia 13 di sini ditemui mati hari ini.

Mangsa yang berumur 78 tahun ditemukan duduk di atas kerusi malas dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussin berkata, mangsa dipercayai terperangkap dalam rumah selepas terkunci daripada luar.

“Anggota bomba yang menerima panggilan daripada orang awam bergegas ke tempat kejadian dan menggunakan pemotong besi bagi memotong kunci mangga tersebut.

“Setelah berjaya memasuki rumah mangsa didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pihak jabatan kesihatan pada pukul 8.35 pagi,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.