Pulau Kucing di Pekan ditutup sementara waktu

Penutupan ini kerana keadaan air Sungai Pahang yang semakin meningkat di musim tengkujuh dan Jambatan ke Meow Island juga telah roboh akibat arus air yang deras sejak bebarapa hari lalu.

Demi menjaga keselamatan pengunjung, buat sementara waktu ini Meow Island (Pulau Kucing) di Pulau Keladi di sini akan ditutup dari kunjungan orang ramai.

Penutupan ini kerana keadaan air Sungai Pahang yang semakin meningkat di musim tengkujuh dan Jambatan ke Meow Island juga telah roboh akibat arus air yang deras sejak bebarapa hari lalu.

Pihak Pertubuhan Perlindungan Kucing Pekan Pahang (Meow Island) akan memaklumkan semula tarikh pembukaan pusat penjagaan kucing-kucing terbiar tersebut.

“Langkah keselamatan untuk semua kucing disana juga telah diambil. Harap Maaf di atas segala kesulitan. Doakan semoga urusan Meow Island dipermudahkan. InsyaALLAH,” katanya.

Jika ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan, membaikpulih jambatan dan sebagainya, sila hubungi, no tel: 0199891093 / 0139214453.

Foto – Meow Island