Bincang di kabinet berhubung potong elaun

NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

KUANTAN – Timbalan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata, cadangan pemotongan elaun menteri akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bersama menteri-menteri lain pada 8 Januari depan.

Saifuddin mengadakan lawatan ke Loji Air Semambu, semalam

Menurutnya, cadangan tersebut yang disuarakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman pada pokoknya adalah berkaitan elaun kritikal penjawat awam.

“Maaf saya tak nak komen bab ini . Isu pokok (asalnya ialah elaun kritikal penjawat awam).

“Bab ini Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dah arah tangguh pelaksanaannya. Saya dan beberapa menteri lain akan bincang dalam kabinet pada 8 Januari (2020),” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Pemasangan Pam dan Kerja Kerja berkaitan Loji Air Semambu dan tapak tangki di Ssmambu di sini.

Sebelum ini, media melaporkan Syed Saddiq menyatakan beliau tidak mempunyai masalah sekiranya Putrajaya bersetuju memotong elaun menteri.

Kenyataan Syed Saddiq disambut baik oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang juga dilaporkan berkata, tiada masalah sekiranya Putrajaya setuju dengan cadangan Syed Saddiq itu.

Dalam hal lain, Saifudin berkata, pihaknya telah meminta jabatan di Kementerian Luar Negeri untuk mengundang rakyat yang juga pelancong Malaysia yang mendakwa ditangkap pihak berkuasa China ketika menunaikan solat di masjid Uighur negara itu, bagi memberi keterangan penuh.

“Saya telah minta jabatan di Kementerian Luar yang berkaitan untuk undang kumpulan ini bagi mendengar cerita mereka secara terperinci.

“Kami (KLN) mengikuti pelbagai laporan tentang Uighur. Kes ini akan kita teliti bersama-sama dengan laporan lain itu,” katanya.

Terdahulu, Saifudsin yang juga Ahli Parlimen Idera Mahkota turut melawat Terminal Sentral Kuantan, diiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin.

Tamat