Yayasan Pahang belanja RM1.2 bilion bantu warga Pahang

KUANTAN – Yayasan Pahang telah membelanjakan RM1.2 bilion bagi tujuan dana bantuan dan program-program amal sejak beroperasi pada tahun 1983 hingga kini.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pahang, Datuk Dr Ahmad Syukri Ismail berkata, jumlah yang dibelanjakan itu telah memberi manfaat kepada1.5 juta orang warga Pahang.

“Jumlah itu dijangka akan terus meningkat dan lebih ramai lagi warga Pahang akan mendapat kebaikan, seiring matlamat penubuhan yayasan ini.

“Selain bantuan dalam bentuk kewangan dan biasiswa, Yayasan Pahang juga menganjurkan banyak program amal seperti Program Khatan Perdana dan program amal gunting rambut percuma; yang menjadi acara tahunan pada musim cuti persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Program Gunting Rambut Amal Yayasan Pahang 2019 di lobi Kompleks Yayasan Pahang Tanjung Lumpur, di sini,

cof
sdr

Seramai 180 anak-anak pelajar  terlibat dalam program pada hari ini terdiri kalanhan pelajar-pelajar sekolah khususnya anak-naka yatim  dari masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Soi, Flat Pak Mahat dan anak-anak dari Rapha Child Home  yang akan memulakan sesi persekolahan baru pada 2020.

Dr Ahmad Syukri berkata, melalui program ini juga diharap dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dalam menguruskan keperluan persekolahan anak-anak serta mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat.

Program ini adalah kali kedua  dijalankan dengan kolaborasi  rakan strategik Yayasan Pahang iaitu GIATMARA Sungai Soi, Kuantan, Persatuan Kebajikan Ukhwah dan Silaturrahim Pahang (UKHWAH) serta Pasaraya Ten Ten yang menyediakan voucher baju dan peralatan sekolah bernialai RM100 kepada setiap pelajar.

    Tamat